CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 20, 2011

yeahh , and he that person

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas , perubahan sikapnya dapat di lihat dengan jelas . Hati lelaki yang di anggap keras selama ini , tiba-tiba menjadi selembut kapas . Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya . Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai . Namun kaun wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu . Sekiranya kamu menyedari teman lelaki mu bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati , nyata kamu tidak silap memilih teman hidup . Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar . Berapa beruntungnya kamu . Selain itu , jika teman lelaki mu buat hatimu senang dan terhibur , itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu . Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang . Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya . Padanya , sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa tenang dan terhibur . Jangan kamu anggap teman lelaki mu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat . Ingat , nasihat bermaksud mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah .Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu . Jadi terbukalah mendengar nasihatnya . Cemburu , satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakkan insan yang bercinta . Namun jika di hayati , cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah . Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu , tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci . Jika kamu setia padanya , tidak salahkan dia cemburu ? Jika sudah sayang , macam-macam kamu akan fikirkan termasuklah bimbangakan kehilangannya . Begitu juga jika teman lelaki mu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja . Kalu boleh biarlah ke jinjang pelamin , baru berbaloi ! Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelaki mu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita mengenai lelaki lain di hadapannya . Jangan risau , bukan si dia ingin mengongkong perjalanan hidup mu , tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya . Ini tandanya cintanya amat mendalam terhadap mu . Ada juga lelaki yang cepat sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang di perkatakan tidak diambil perhatian , lebih lebih lagi dari orang yang di sayangi . Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh . Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap , tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain . Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna bagi kamu . Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada mu , Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang . Kalau dia merajuk , sesekali cubalah memujuknya . Jangan pula kamu sangka manjanya mengada-ngada . Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap manchonya kepada seorang lelaki yang berpewatakan manja , hanya untuk orang yang disayanginya sahaja . Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantu mu adalah teman lelaki mu . Tandanya dia tidak ingin melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu . Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani masalah . Beruntungnya ! Kamu memberitahunya , yang kamu akan ke sesuatu tempat untuk suatu masa yang agak lama . Tiba-tiba dia menjadi menggelabah dan tidak menentu . Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi dengan kesetiaannya . Sekiranya teman lelaki mu sentiasa bertanya "Awak masih sayangkan saya ?" , jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan . Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur . Sebab itulah , kalimah tersebut sentiasa di ulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya . Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya , bukan semua lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi seorang perempuan . Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu ? Itu membuktikan cintanya begitu kuat terhadap dirimu . Ini semua membuktikan bahawa si dia melakukan PENGORBANAN yang terbesar kerana dia lebih mementingkan dirimu berbanding dirinya . Hal ini kerana dia terlampau menyayangi mu . Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu selesa , bahagia , dan selamat ketika berada di sampingnya . Jadi , HARGAI lah lelaki dan terimalah mereka seadanya .

0 comments:

Post a Comment